Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya...
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek
untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai
penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan
kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf
kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu
dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari
pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran
bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk
jauh dari saya." puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan
menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih
muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga
tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".
Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!
2009-05-12T13:34:00+08:00
sesaje
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya...|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)